Hari ini saya rasa ingin menulis kerana begitu lama tidak mencatat tentang pelayaran hidup sehari-hari. Banyak sebab mengapa saya menyepi. Saya senyum pahit.
Ada orang kadangkala memandang serong dengan usaha kita menulis kerana sesetengah orang akan menyangka kita hanya ingin menarik perhatian orang dan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Tetapi, bila difikir-fikir, untuk apa kita ingin menarik perhatian orang dan untuk apa pula kita berbangga dengan setiap pencapaian kita. Bukan itu tujuan kita. Kita hanya ingin menjadi pembakar semangat kepada insan bernama adik-adik Muslimah yang saya akur, kebanyakannya masih lagi keliru laluan mana yang perlu diredah dan jalan mana yang perlu diambil untuk meneruskan kehidupan. Mereka memerlukan kisah sehari-hari sebagai penguat semangat untuk terus thabat dalam melalui laluan ilmu dan dakwah. Mereka perlu diperingatkan bahawa ilmu bukan setakat dipelajari tetapi amat perlu untuk dipraktikkan dan diajarkan kepada orang lain.
Penting untuk saya tegaskan, berkongsi tetang perjalanan hidup bukan bererti kita ingin mencanangkan pada dunia bahawa kita adalah muslimah yang baik yang perlu dijadikan role model tetapi lebih kepada sekadar ingin menjadi sumber inspirasi dan menyakinkan kepada yang lain bahawa agama perlu dijadikan sebagai jalan hidup yang tidak harus diketepikan. Kerana sekitar kita sendiri sudah memperlihatkan betapa ramainya muslimah yang tidak yakin dengan agama mereka walau bergelar muslimah. Betapa ramai pula Muslimah yang teragak-agak untuk berpegang teguh dengan agama kerana bimbang diri tidak bebas untuk melakukan apa yang diinginkan.
Atas sebab itu, saya banyak menghabiskan masa saya dengan para pelajar Muslimah saya yang masih muda berumur antara belasan tahun dan dua puluhan tahun. Duduk bersama mereka sambil berbual dan berkongsi cerita suka dan duka. Bukan hanya menceritakan tentang pengalaman belajar dan hidup saya tetapi yang paling penting menceritakan kepada mereka tentang kalamullah dan sabda nabi s.a.w yang sahih. Mereka tersenyum, tertawa dan MENANGIS.
Lalu saya berkata pada diri:
"Jika bukan kita yang menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.....SIAPA LAGI?"
Berikut saya sertakan bersama lagu yang dihadiahkan oleh pensyarah saya, Dr. Fadlan Mohd Othman. Bait kata dalam lagu ini, seringkali menjadi pembakar semangat untuk saya terus berada di laluan ini:
Ayuhlah….. Demi berkhidmat kepada agamanya Dia sanggup berletih matanya dan bangun di malam hari Berdakwah tanpa mengenal penat lelah menyeru kepada pekerjaan yang baik
Ayuhlah….. Berdakwah kepada jalan yang lurus dalam masyarakatnya dia adalah seorang yang memberi petunjuk (tunjuk ajar) yang dapat memberi faedah
Ayuhlah….. Dia memberi nasihat tatkala melihat kesalahan Dan semuanya merupakan pengorbanan dan pemberian Dia memberi taujihat dan pengajaran melaluinya dapat merawat hati-hati
Ayuhlah….. Dia mengingatkan kepada dambaan keampunan Allah pada hamba yang kembali bertaubat dan meninggalkannya dosa-dosa yang mengadu pada Penciptanya dan bertaubat dek takut dengan gugatan-gugatan azab
Ayuhlah….. Dia membawa risalah dari langit [memperjuangkan agamanya] membuang hati-hati yang kosong [tandus] memberi pengajaran peringatan bagi pemudi-pemudi yang alpa dan mengikut hawa nafsu mereka
Ayuhlah….. selayaknya baginya ucapan terima kasih atas pelakukan mereka yang terpuji baginya pujian dan penghormatan selayaknya baginya pemudi yang mulia Ayuhlah…..
Diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Norzi Nasir [Jazakallah]
HAD005: Hadeeth On Maulid - Prophet's Aqeeqah
-
Discussion Of A Hadeeth On Mawlid - "The Prophet (SAW) performed Aqeeqah
for himself after his Prophethood."
- Prepared by Abu Rumaysah (Troid)
Bismillah A...
Menjaga Kehormatan Sesama Muslim
-
Diterjemahkan oleh Ustadz Abu Abdillah Arief Budiman bin Usman Rozali, Lc.
dari kitab Fat-hul Qawiyyil Matin fi Syarhil Arba’in wa Tatimmatul Khamsin,
kary...